CATATAN 27 TAHUN ULANGTAHUN PERKAHWINAN


SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Ya Allah Ya Rahman,terima kasih kerana mengurniakan saya keluarga yang bahagia.

Alhamdulillah!!!


Tanggal 26.11.2016 genap 27 tahun.Allah telah menetapkan dia sbgai jodoh sya,setelah menara gading mempertemukan kami.Alhamdulillah mulai tarikh itu,Allah pinjamkan dia untuk menemani saya sehingga saat ini, DIA izinkan kami membina kasih sayang dan kesetiaan tak berbelah bahagi..saling memahami dan bertolak ansur. Menempuh ujian dan cabaran tanpa mengalah. Insan yang mengajar dn membimbing saya dn anak2 sentiasa beserderhana dalam serba serbi. Dia yang sentiasa mendorong saya dan anak2 mencapai bulan dan bintang. Dia yang meletakkan saya dan anak anak sebagai keutamaan dalam apa juga perkara dan keadaan. Dia yang sangat istimewa. Dia pelindung dan pelengkap hidup saya. Dia yang membahagiakn Dia segala2nya buat kami... in shaa Allah telah dan penuh sabar membimbing kami mencari kerdhaaNya untuk sama2 menuju syurga di tempat yg kekal dan abadi.


Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna.Ada warna ceria,gemilang,kabur,terang,muram dan terkadang hambar.PadaMu jua tempat kami berlindung dan memohon kekuatan dalam melayari kehidupan buat panduan kepada permata hati kami.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak-anak sebagai amanah kepada kami.Namun kami tidak mampu menjaga mereka sepenuh masa.Kami tiada upaya.Kami serahkan mereka kembali kepada-Mu ya Rabbi.

"Peliharalah keselamatan dan kesejahteraan mereka.Jadikan mereka hamba yang sentiasa dekat kepada Mu.Sisihkan mereka daripada hamba yang melalaikan dan yang menjauhkan diri dariapada-Mu.Berkan mereka kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen ya Robb."

sepetang di pantai Batu Hitam,Beserah 


Hepi bday untuk imam kami yang kebetulan sama bulan.


No comments: